Ctruhanie's Blog

Just another WordPress.com weblog

PeNd. KhAs… November 9, 2009

Pendidikan khas…bermulanya dari kehadiran seorang insan  yang amat kusayang yang disahkan kurang upaya,sejak dari hari itu aku telah menetapkan hasrat dan bulatkan tekad untuk mengenali apa itu pendidikan khas,bagaimana untuk mengendalikan kanak-kanak pendidikan khas,bagaimana ciri-ciri mereka dan apa yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka.

Setelah tamat pembelajaran di alam persekolahan,aku mencuba nasib dengan memilih bidang pendidikan khas..mula-mulanya ku rasa takut kerana tidak begitu memahami kanak-kanak berkeperluan khas ini,tetapi mungkin sudah rezeki ku untuk berada dalam bidang ini,aku dipanggil untuk di temuduga…soalan-soalan yang diajukan semuanya berkisarkan tentang pendidikan khas,kucuba sedaya upaya menjawab dengan baik…seperti yang ku katakan mungkin ini adalah rezeki ku,aku telah lulus dan berjaya memasuki  program pendidikan khas di UKM.. ke berhasrat suatu hari nanti aku dapat membantu insan yang kusayang iaitu anak buah ku dalam menguruskan diri tanpa bergantung penuh pada orang dan boleh berdikari…

Bermula dengan alam baru di UKM, ku mengenali kawan-kawanku yang sama kursus denganku…kami masing-masing mempunyai perjalanan cerita yang berbeza-beza mengenai pendidikan khas. tapi kami tahu bahawa kami menpunyai satu hasrat yang sama iaitu membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik  dalam meneruskan kehidupan harian. tetapi ku tahu tak semua yang memandang kami melibatkan diri dalam pendidikan khas ini dengan tujuan yang murni…Ternyata ada juga yang mengatakan bahawa kami memilih bidang ini disebabkan ianya senang dan mudah untuk bekerja…andaian mereka kami tidak hiraukan kerana kami adalah insan-insan yang terpilih untuk mengembangkan pendidikan khas…untuk mengenali pendidikan khas dengan lebih mendalam aku sertakan maksud yang berkaitan pendidikan khas:

Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Dasar, Visi & Misi

Dasar

Dasar dokumen Pendidikan Khas telah dikeluarkan dalam tahun 1996, di bawah tajuk, “Garis Pandu Dasar Pendidikan Khas”. Dokumen-dokumen penting yang lain boleh ditemui dalam: Nota Panduan Untuk Guru Besar/Pengetua; Buku Rujukan Untuk Guru Pembantu Pembelajaran dan Buku Rujukan Pendidikan Khas Untuk Guru-Guru.

Visi

Setiap pelajar, termasuk pelajar berkeperluan khas dapat mencapai potensi pembelajaran mereka di dalam suasana persekolahan secara inklusif dengan dibantu oleh guru-guru yang khusus dilatih.

Misi

Unit Pendidikan Khas bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi kanak-kanak berkeperlaun khas dan semua pelajar dengan persekolahan secara inklusif dengan menganggap semua kanak-kanak itu adalah istimewa dengan masing-masing mempunyai keperluan dan kebolehan berbeza.

BaKaL2 GuRu pEnD.KhAs…:-)

035

045



 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s